Gertak Sanggul terletak di sebuah kampung nelayan bahagian Barat Daya Pulau Pinang. Suasana yang tenang dan damai serta berdekatan pantai memberikan pengalaman yang indah kepada para pengunjung. Tanjung Asam iaitu satu tempat perkelahan di Pulau Pinang hanya 5 minit dari Gertak Sanggul. Kawasan ini juga berhampiran dengan Teluk Kumbar yang terkenal dengan masakan Mee Udang.
Kami menyediakan sebuah rumah banglow untuk disewa. Rumah Banglow ini mempunyai 5 bilik tidur yang luas (4 bilik berhawa dingin dan 1 bilik ceiling fan), 3 tandas, ruang tamu, ruang makan dan dapur lengkap dengan perhiasan dan peralatan rumah dan dapat menempatkan 15 orang pada satu masa. Namun begitu, kemudahan penginapan / katil yang disediakan hanya untuk 11 pengunjung. Dengan keluasan tanah yang luas, para pengunjung dapat menjalankan aktiviti bbq dan majlis harijadi di kawasan luar rumah. Kawasan Gertak Sanggul menjadi tempat yang ideal bagi mereka yang gemar memancing ikan dan mencari ketenangan di luar kota.
Sebarang pertanyaan dan booking sila hubungi 012 - 4302152 (Puan Norita), 019-3955543 (Puan Isma).
Alamat Rumah : No 1 Taman Gertak Sanggul, Solok Gertak Sanggul, 11910 Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment