Sunday, December 5, 2010

AKTIVITI DAN MAKANAN

Pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan. Antaranya :

Memancing Ikan
Kepada penggemar memancing ikan, tidak jauh dari rumah banglo tersebut terdapat kolam ikan untuk memancing. Kolam ikan tersebut beroperasi setiap hari. Selain itu pengunjung juga boleh memancing di laut kerana rumah banglo ini berdekatan dengan laut.

Berkelah (Picnic)
Tidak jauh dari Gertak Sanggul iaitu kira- kira 5 minit perjalanan (memandu kereta) terdapat kawasan perkelahan iaitu Tanjung Asam. Pantai berlagun dan pemandangan yang cantik dan menarik. Sesuai untuk keluarga mandi-manda dan beriadah.

Pasar Tani
Gertak Sanggul berdekatan dengan Balik Pulau. Setiap pagi Ahad terdapat pelbagai barangan dan makanan yang dijual di pasar tani Balik Pulau.

Makanan
Teluk Kumbar terkenal dengan masakan mee udang yang lazat. Pengunjung boleh mencuba mee udang ini dengan harga yang berpatutan.

BBQ
Aktiviti bbq di taman (peralatan BBQ tidak disediakan).

No comments:

Post a Comment